Wednesday, September 3, 2008

10 CaRa MeMeNanGi HaTi MeRtUa..

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi

miliknya. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai

isterinya yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin

dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu

tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata

dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi

bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri

dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya

bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari

awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil

anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal

kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah

mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk

berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi

lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati.

Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa

yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang

disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan

persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya

dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda

terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian

dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita

tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa

bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat,

jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh

memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda

juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak

salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri

anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda

dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia

beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang

Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon

mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya

dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan

mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda

seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga

pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi

berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan

sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang

membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri

dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut

dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun

anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang

patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah

mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda

menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada

darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan

berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda

tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi

sekadar bertanya khabar.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar....meskipun ribuan mata tidak

melihatnya....

1 comment:

najwa chantique said...

wah wah wah...how to 'amek hati' ur in laws???mak aii...panjang nye list...xyah panjang2...wat penat mata je kena bace...yang penting peribadi kte elok...elok laa mata mak mertua pandang...