Sunday, September 28, 2008

My HEaRt n My SoUL...

ni lah keluarga ngah + sunarmi...
gambar nih time rya tahun 2006..
i like dis picture coz pic ni adalah pic pertama yg dirakam dgn adanya putera kami..NABIL FAIZUDDIN...aku rasa ni lah pic last fmily ngan adanya abg long ngan kami sbbnya bila time raya jer,dia asyik xder jew..sibuk memanjang..huhuhu..
arap raya taun nih leh ar bergambar family ag..



BiG ApPLe DoNuT...

yum yum yum...
emm beshnya leh mkan donut malam nih..
yang feveret aku semestinya donut strawberry..wrna pink dia tuh memikat kalbu aku..hehhe..
kat tranung ekpun xder menda nih...
susah nak cari..huuhhu
nasib lah kakak aku,kakngah cam tau2 jew aku mengidam menda alas ni..
tenkiu k.ngah..cyg u..muaaahhh...

sebelum aku dapat makan menda alas nih..aku,kakteh n adik kesayangan aku main ar ngecun yang dibeli sblum cuti raya ari oleh aku dr si jejaka bolehla tampan tuh...
punyalah takut aku bila main ngecun2 nih..
takut kena tangan la..n yg penting takut kena kejor di abg2 polis..xke naya..
nasib baek lah xdok menda yang berlaku..
tapi kan aku kecian betui la ngan kak teh aku nih..
baru jer balik ptg td dr hostel dia,mlm dah kena 'kejong' di adik aku yg bertuah tue cuh cucuh ngecun..dop pasal2 kena api ckit kat jari dia..fuh..nasib baik xcedera..kalu lah cedera teruk,xkawen la dia tuh n yg penting xleh nak treat patient dia la kat hospital n yg plg penting skali,aku akan jadi bahan mengamuk abah...
hahahha...
lawak tul aku rasa malam nih..
tapi bersyukur jgak la semua selamt...
alhamdulillah..

Saturday, September 27, 2008

KaD KaWeN LeCt Aku...


emmm...
ni kad kahwin lect aku cik amni merangkap lect HCI aku...
dia dah nak jadi isteri org tau..
emmm syoknya ley kawen..
aku nih bila lah lagi..xsabar rasanya
heheheh...
aku sajer jer nak tunjuk kad nih..
kad ni adalah hasil daripada kemenangan presentation budak2 ni jgak ms projek web wedding..
tahniah buat FUAD & THE GANG..
comel kan..
kumpulan aku xmenang pun tapi aku berbangga jgak lah dgn hasil kerja aku ngan ahli group yang xtido untuk designkan web wedding tuh sbbnya xdiisytiharkan kump terakhir
walaupun ditindas oleh org yang xsuka ng kump aku nih..dlm erti kata ditindas tuh,ada jgak lah org yang suka hasil kerja kami..
thanks untuk budak2 HCI yg sokong kump kami..
arigato..
sayang korang suma..

FreNzZZzz...

ni lah kenangan aku bersama diorang yang sempoi..aku gembira dapat kenal diaowank walaupun pertengahan diploma baru bersama..diaowank ajar aku untuk jgn kisahkan apa yg berlaku sepanjang berada di UDM..kisah yg menyakitkan hati,menyerabutkan mata..kisah buruk yang pernah aku alami sepanjang hidup aku..kisah yang perlu aku lupakan dan xperlu dikisahkan..aku harap dapat bersama korang untill the end..frenz will always there untill we need them...thankss..

TimE Pi JOging..

ni msa sem 3..
dop au menda awok2 nih..
g joging lah konon,last2 pekena roti canai sowank2..tobat pun dop jadi..hehhe..

=>UniVeRsiTi DaRuL IMaN MaLaYsiA...

laman web udm ni terlalu simple sehinggakan tidak dapat menarik perhatian pengguna..background berwarna putih,tak berseri lansung..tidak memenuhi ciri-ciri sesebuah universiti awam..kedudukannya ok,tak serabut mata..apa pun,semua info penting dimuatkan dalam laman web ni..

=>UniVeRsiTi TuN HUsSeiN OnN MaLAysIa...


laman web University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ni menarik. Dalam laman ini, penggunaan icon digunakan untuk perhidmatan perhubungan.banyak informasi terbaru terdapat dalam web ini menyebabkan pengguna tidak ketinggalan mendapatkan informasi terbaru.walaubagaimanapun, interface yang digunakan kurang menarik dan tak tersusun..

=>UniVerSiTi TeKniKaL MaLaySiA MeLaKa...


Simple, Namun, susun atur yang sesuai memperlihatkan laman ini kelihatan menarik walaupun terlalu padat..mereka hanya menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara. Ini menyukarkan pelajar yang kurang mahir dalam bahasa inggeris untuk mengunjugi laman ini dan merasa bosan kerana tidak mengetahui isi kandungan dalam laman ini..

=>UniVeRsiTi MaLaySia PahAnG...


terlalu padat dengan gambar tetapi menjelaskan apa yang terdapat dalam universiti mereka contohnya khusus yang ditawarkan yang melibatkan khusus teknikal..laman web terlalu panjang sehinggakan pengguna perlu scrool kebawah sama seperti universiti Malaya..

=>UniVerSiTi PeRtaHaNan NaSiOnaL MaLaySia


laman web yang simple tetapi berguna dan menyenangkan pengguna dengan adanya pautan yang dapat di link terus dengan apa yang berkaitan dengan universiti ini..terdapat juga keputusan kemasukkan ke universiti,ini dapat memudahkan para pengguna..interface yang tersusun dan background yang menarik..

=>UniVerSiTi MaLaySia TeRenGgAnu...


background laman ini terlalu suram dengan warna kelabu ini..walaupun UMT biasanya terkenal dengan khusus yang membabitkan lautan,ia seharusnya tidak memaparkan gambar ini sahaja kerana UMT adalah universiti yang universal..interfacenya juga kurang menarik..

=>UniVerSiTi MaLaySia PeRLis...

font yang terlampau banyak sehinggakan pengguna serabut..tidak menyusun dengan baik sehinggakan memenuhi ruang..button untuk link terlalu kecil..perkara yang tidak sepatutnya ada pun turut dimuatkan..

=>UniVerSiTi TeKnOlOgi MarA...

kedudukan di dalam laman web ini kelihatan tidak seimbang...terlalu padat..tetapi terdapat gambar yang boleh link untuk info2 tertentu.. Informasi terkini sering di update agar pengunjung laman ini dapat mengetahui perkara semasa dalam university ini...

=>UniVerSiTi IsLaM aNtaRabAnGsA MaLaySia...

warnanya cukup lembut..bahasa yang digunakan hanyalah bahasa inggeris..sesuai ngan universiti yang bertaraf antarabangsa..tetapi ia sepatutnya menggunakan bahasa melayu juga kerana pengguna yang tidak fasih berbahasa inggeris tidak dapat memahami isi kandungan yang terdapat laman web ni..

=>UniVerSiti PenDidiKan SulTan IdriS...



Dalam laman web ini, interface yang digunakan kelihatan bosan dan kurang menarik.terlalu padat.. Namum begitu, pelbagai maklumat yang disediakan dalam laman ini amat berguna.

=>UniVerSiTi SaiNs iSlaM MalAySia...


walaupun serabut,laman web ini menyediakan pautan pantas untuk menyenangkan para pengguna..terdapat dwibahasa untuk kesenangan para pengguna yang kurang mahir berbahasa melayu..

=>UniVerSiTi MalAySia kELanTaN...


padat tapi menceriakan..terdapat contact us yang menyenangkan pengguna untuk menghubungi pihak yang tertentu jikalau terdapat masalah..button untuk link seterusnya juga tersusun..background yang menarik tetapi iklan yang dipertontonkan erlampau banyak sehinggakan pengguna rimas..

=>UniVerSiTi MalAySia SarAwaK...


simple tetapi tersusun..inerface yang memenuhi standard laman web universiti.. font tersusun dan tidak serabut dan menyenangkan pengguna untuk mencari info yang tertentu..

=>UniVerSiTi PutRa MalAySia...


Dalam lawan web universiti ini, interface yang digunakan adalah kurang menarik. Walupun kelihatan kurang menarik, informasi yang di bekalkan dalam laman ini sangat berguna. Terdapat pelbagai informasi mengenai fakulti, pelajar dan lain-lain turut dimuatkan di dalam capaian pantas..

=>UniVerSiTi SaiNs MalAySia...


penggunaan warna yang sesuai dan keseimbanagan laman web ini..font yang digunakan adalah bersesuaian..terdapat berita utama turut dipaparkan untuk para pengguna..laman web terlampau panjang dan terdapat iklan yang menyesakkan mata..

=>UniVerSiTi uTarA MaLaySia...


simple dan tidak menceriakan..tidak memaparkan info2 yang penting untuk memudahkan pengguna..font yang digunakan adalah tidak bersesuaian dan memenuhi aspek laman web sesebuah universiti..

=>UniVerSiTi TekNoloGi MalAySia...


laman web yang menarik dengan warna background yang sesuai..hanya memanpatkan perkara yang penting serta tidak membazirkan ruang..memaparkan link2 yang berguna untuk pengguna mendapatkan info..

Saturday, September 20, 2008

=>UniVeRsiTi MalAya ..


terlalu simple dan panjang sehinggakan pengguna terpaksa scroll kebawah..terdapat juga info yang tidak penting turut dimuatkan..terdapat 2 versi bahasa..background putih,tidak ceria..terdapat software yang boleh didownloadkan untuk menolong pengguna melihat media yang terdapat dalam laman web mereka

=>UniVeRsiTi MalAySiA SaBah ..


terdapat dwibahasa..bagus untuk pengguna kerana boleh memilih 2 bahasa yang diingini..iklan terlalu besar sehingga menjejaskan perkara yang penting untuk ditunjukkan..terdapat gambar yang boleh link untuk info2 tertentu

=>UniVeRsiTi kEbaNgSaAn MalAySiA..


antaramuka laman web ni cantik..warna background pun sesuai..terdapat flash gambar yang bagus dan dapat menarik perhatian pengguna..info terkini dipaparkan dan selalu di updatekan..walaupun simple,semua info yang diperlukan pengguna ada dalam laman web ni...

Wednesday, September 3, 2008

SaLam RamAdHaN...


Salam ramadhan buat suma umat islam yang berpuasa...
expecially buat warga UDM and terutama-terutamanya boo whatt member2 kacip ku
CIMAH,AMY,NISAH dan NOOR..boo what budaks2 IT lalu..
jgan tinggal pose..
main mercun jgn lupa ajak aku erk..
hehheeheh...

10 CaRa MeMeNanGi HaTi MeRtUa..

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi

miliknya. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai

isterinya yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin

dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu

tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata

dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi

bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri

dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya

bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari

awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil

anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal

kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah

mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk

berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi

lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati.

Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa

yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang

disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan

persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya

dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda

terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian

dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita

tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa

bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat,

jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh

memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda

juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak

salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri

anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda

dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia

beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang

Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon

mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya

dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan

mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda

seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga

pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi

berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan

sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang

membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri

dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut

dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun

anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang

patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah

mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda

menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada

darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan

berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda

tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi

sekadar bertanya khabar.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar....meskipun ribuan mata tidak

melihatnya....